G3 bulan Februari isu 60 dah pun kuar. Dalam isu ni bermulalah episod pertama komik baru brader bertajuk 'Apa Yang Ko Cari'. Dah lama brader nak buat citer yang berunsurkan pendekar dengan rentak silat yang bersifat kemelayuan sikit. Tapi kali ni baru dapat peluang... cuma ianya berbentuk humor dan mungkin ada adegan yang tak masuk akal. Walaubagaimanapun adegan pertarungan dalam komik ni memang brader cuba terapkan sesuatu yang berpijak di bumi nyata, takde terbang atau kuasa hebat cam komik Hong Kong tu. Kiranya menampilkan silat Melayu la ni. (Harap maafkan kerana membahasakan diri sebagai brader sebab kalu guna aku cam kasar je. Lagi pun brader dah berumur pun).